Ahad, 30 September 2012

✿ Cinta dan Perahabatan ♥

Aleya dan Liyana adalah dua teman sejati. Mereka bersahabat sejak kecil lagi kerana mereka adalah berjiran. Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama. Begitulah juga yang digelarkan oleh penduduk-penduduk kampung di sekitarnya. Ibu bapa Aleya dan Liyana juga tidak menghalang hubungan akrab kedua-duanya kerana mereka mempunyai akal fikiran yang pintar di sekolah.

Satu hari di makmal kimia, Aleya dan liyana telah mempelajari tentang proses hidrolisis. Lalu, Aleya berkata kepada Liyana,

“ Liyana, aku ada buat formula sendiri tau. Kau nak dengar?” Tanya Aleya kepada Liyana dengan bersungguh-sungguh.

Ya, ya. Aku nak dengar. Tapi, ada kaitan ke dengan apa yang cikgu ajar pasal hidrolisis ni?” Tanya Liyana.

“ Eh, mestilah ada. Cuba dengar ni. Hidrolisiskan unsur-unsur katod kemarahan dengan isomer-isomer prasangka serta oksidakan monomer kasih sayang dan molekul doa untuk menghasilkan polimer persahabatan yang oktet. Hurmmm… Apa pendapat kau tentang formula yang aku reka ni ?” aju Aleya setelah dia meletakkan pensel yang digunakan untuk melakar formula yang diciptanya itu di atas sekeping kertas seperti lagak seorang yang mahir.

“ Hehe.. Ada- ada sajalah kau ni Aleya. Pandai kau ubah suai formula Cikgu Amar tu. Nanti tak pasal-pasal dalam ujian, aku tak tulis formula yang Cikgu Amar ajar tu tapi tertulis pula formula yang kau ajar ni,” seloroh Liyana dengan sedikit serius tetapi ada senyuman di hujung bibirnya.

“ Aishh..janganlah sampai macam tu pula. Nanti Cikgu Amar soal kau siapa yang ajar formula tu, teruklah aku. Nanti bukan dia marah kau saja, aku pun mesti kena,” balas Aleya setelah membayangkan sendiri apa yang bakal berlaku.

“ Dah, dah. Mulalah dia bayangkan yang pelik-pelik. Tapikan Aleya, boleh tak kau janji dengan aku yang kita akan menjadi kawan baik sampailah bila-bila,” Tanya Liyana kepada Aleya.

“ Ok. Aku janji. Mestilah kita jadi kawan baik sampai bila-bila pun sebab kitakan dah berkenalan masa dalam perut ibu masing-masing lagi. Tapi, bezanya kau keluar seminggu lbh awal je dari aku. Tak sabar nak tengok dunia,” seloroh Aleya.

“ Tengok tu. Mulalah dia merepek-repek lagi tu. Hehe..You’re my best friends, Aleya,” ucap Liyana sambil memeluk bahu Aleya.

“You’re my best friends too!!” ucap Aleya di telinga Liyana sambil tersenyum lebar.

Lalu mereka berjalan beriringan keluar dari makmal dengan sisa tawa yang masih ada lagi sejak tadi.

Beberapa tahun berlalu, Aleya dan Liyana melanjutkan pula pelajaran di universiti tempatan. Tetapi kini mereka tidak lagi ibarat belangkas kerana terpaksa berpisah. Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Namun, mereka masih lagi berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

“ Tit..tit..”. Telefon bimbit Liyana berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterimanya. Lalu, Liyana membaca mesej yang diterimanya.

“ Jauh itu ada jarak yang terpisah, jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu dua insane yang terpisah, jauh itu dua hati yang dipisah. Namun, jauh itu ada rindu yang tak sudah..(”,)”.

Begitulah mesej yang diterima oleh Liyana daripada Aleya. Demilian jugalah rutin mereka jika ada kelapangan, saling membalas meseh- mesej sebagai tanda memperingati sahabat yang dikasihi.

Namun, pengaruh budaya di tempat baru menyebabkan Aleya berubah sedikit sikap baiknya. Dia sudah pandai mencari teman lelaki semasa belajar walaupun sudah berjanji dengan keluarganya bahawasanya dia tidak akanb bercinta ketika sedang belajar. Namunjanji itu tinggal sekadar janji sahaja. Apatah lagi dia jauh dari keluarga. Segala-galanya dia bebas untuk lakukan tanpa kongkongan keluarga.

Disebabkan kelalaian Aleya bercinta bersama seorang lelaki, pelajarannya terabai. Selain itu, banyak wang pinjaman dan elaun yang diberikan oleh ayahnya telah aleya belanjakan bersama teman lelakinya itu. Ibarat dirasuk syaitan, Aliya langsung tidak menyedari segala perbuatannya itu jauhberbeza dengan perangai asalnya sebelum ini yang penuh dengan didikan keluarga. Sifat borosnya menjadi-jadi sehinggakan aleya semakin berani meminta tambahan eang poket yang lebih dari sepatutnya kepada keluarganya. Hal ini amat merungsingkan ayah dan ibunya.

Suatu hari, malang tak berbau. Perusahaan syarikat milik ayah aleya diisytiharkan bankrap disebabkan wang pendapatan syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan yang besar oleh syarikat di samping tidak dapat melangsaikan hutang yang lapuk syarikat itu. Mendengarkan berita buruk itu, ayah Aleya diserang sakit jantung hinggga menyebabkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Dari titik-titik hitam itu, aleya mulai sedar akan kesilapannya. Seharusnya dia membantu arwah ayahnya itu dalam membangunkan syarikat dan bukannya menambahkan bebanan kewangan yang telah dialami oleh arwah ayahnya itu. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Apapun yang aleya buat tidak dapatmengembalikan ayah yang disaynginya kerana beliau telah pergi menghadap-nya terlebih dahulu.

Bagi untuk menebus kesilapannya, Aleya telah mengubah cara hidupnya. Dia telah belajar berdikari dengan apa yang dimilikinya. Tetapi dia sangat kecewa kerana di saat hatinya sedih, teman lelakinya tiada di sisi, malah meninggalkan dirinya terkontang-kanting seorang diri. Sebelum ini dia fikir bahawa Shah akan sentiasa menemaninya di kala susah dan senang namun jangkaannya sudah nyata meleset sama sekali. Shah sememangnya mahukan kemewahan dirinya dan bukannya ikhlas terhadap dirinya. Buktinya, setelah pelbagai musibah yang melanda, Shah semakin menjauhkan diri dari Aleya dan akhirnya menghilangkan diri. Luka di hati kian parah akibat kekecewaan yang dialaminya.

Meskipun begitu, ketika dirinya susah, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan dengan ikhlasnya. Liyan adan keluarga sangat baik hati. Mereka telah menumpangkan Aleya dan ibunya di rumah mereka disebabkan ketidakmampuan Aleya dan ibunya untuk menyewa rumah sendiri. Aleya terasa sangat malu dengan perbuatannya selama ini. Segala-galanya terlambat untuk dikembalikan semula. Hanya kepada-Nya dimohon limpah kurnia dan kemaafan.

Suatu petang aleya dan Liyana duduk di pangkin di bawah pohon ketapang yang rendang sambil menghirup suasana nyaman kampong mereka. Aleya merenung wajah Liyana dalam-dalam. Redupnya paras wajah Liyana seperti suasana yangdirasainya sekarang amat menenangkan jiwanya.

“Liyana, aku nak minta maaf banyak-banyak jika aku ada buat salah dan menyusahkan kau dan keluarga kau selama ini”, kata aleya dengan sayu dan melimpahkan segala air yang bertakung di benteng matanya itu. Aleya dipeluk erat-erat seikhlas hati.

“ Aleya, kau tak pernah buat silap pun pada aku. Kalau ada sekecil zarah pun aku dah tentu maafkan kau. Keluarga aku pun tak kisah kalau kau dan ibu ka uterus tinggal bersama-sama kami. Kau jangan risau ya,” pujuk Liyana.

Aleya
melepaskan pelukan lalu membetulkan duduknya. Matanya yang terus-terusan menggugurkan mutiara-mutiara jernih itu disekanya perlahan-lahan supaya tidak mengaburi penglihatannya yang berhadapan dengan Liyana.

“ Liyana, kau sangat baik pada aku. Aku malu sangat sebab keluarga kau sangat bersederhana. Takut-takut menyusahkan pula kehadiran aku dan ibuku di sini.

“ Tidak, Aleya. Aku dan keluarga tak pernah fikir macam tu. Kau tenang ya. Hurmmm…Aleya, aku ada satu cerita pendek. Kau nak dengar tak cerita ciptaan aku ni?,” tingkah Liyana untuk menceriakan suasana.

“ Hehe..Wah, kau pun dah pandai mencipta cerita pula ya? Bila kau belajar ni? Cepat-cepat, aku dah sedia nak dengar ni,” Aleya bersuara ceria mengenangkan saat-saat mereka di alam persekolahan suatu ketika dahulu.

“ Eh, adalah. Aku belajar mencipta senyap-senyap je. Macam ni ceritanya; suatu hari cinta dan kawan berjalan-jalan. Tiba-tiba, cinta terjatuh ke dalam lubang. Kenapa cinta boleh terjatuh? Hurmm.. Kerana cinta itu buta. Kenapa kawan sanggup tolong cinta? Lalu, kawan pun menjawab yang dia takkan melupakan persahabatan,”cerita Liyana dengan egala gaya dari muka sampailah ke tangan dibuatnya.

“ Terima kasih Liyana. Kau telah menyedarkan aku betapa pentingnya tali persahabatan itu sebenarnya. Memang tak ternilai dengan wang ringgit. Aku akan menghargai persahabatan ini,” janji Aleya.

Dan sang suria yang sedang memancarkan sinar malapnya menjadi saksi kepada janji dua sahabat itu sebelum sang bulan muncul menjalankan rutinnya.

Khamis, 27 September 2012

Raya Sakan With My Family

HoLLa! HoLLa!!! SeLaMaT HaRi RaYa !!! Alhamdulillah boleh dikatakan setiap tahun kami menyambut Raya dengan Gembiranya..sangat2 meriah tahun ni apabila separuh daripada family mak dapt bkumpul beramai2..sangat2 Seronok okeyh..!! Tapi dalam gembira kami ada sedihnya sbb teringat Arwah atok..kami sedeyh sangat..Apa pun kami hanya mampu berdoa agar roh nya ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..InsyaAllah..Amin..Hey oRg lain semua dah update awal2 lagi kan ..tapi aQ bru Laaa nieee nak update bLoG dgn crita Raya aQ..haha.Jom tgk Pic Raya Kamiee,,Wink..Wink..:)

Family Aku ok..hihi..
Haaa ni pic bru lpas mnx mf ok!! huhu
Akq syg mak smpai syurga^^
Adik syg jgk^^
klik..klik...weee
Apabila aq sdh malas..hihi..
 Main mercun saja...hihi
Happy nyer korg..Akk rindu dgn korg semua^^
Nie Dia Adik2 saudara aQ y mantol2 blaka..haha

My beloved uncle & untie..

Selasa, 25 September 2012

Cerpen Cinta : Anugerah Cinta Ilahi..

Naim pelajar tingkatan 5 di sebuah Sekolah Agama Persekutuan.Dia seorang yang tinggi ilmu agama dan mempunyai politik yang agak stabil di sekolah dan Siqahnya(Kepercayaan orang terhadapnya) tinggi.Apabila Ustaz tiada di antara Magrib dan Isyak,dia akan ke hadapan.Sama ada memberi tazkirah atau mengepalai bacaan Mathurat.Pergaulan dengan perempuan dijaga dengan begitu sempurna,jika mesyuarat terpaksa bercampur lelaki dan perempuan,sama sekali dia tidak akan mengangkat pandangannya.Semua orang menghormatinya,baik yang junior mahupun senior,baik yang laki-laki mahupun perempuan.Jika ada senior yang tengah membuli junior,jika Naim ada di tempat kejadian,proses buli itu akan bertukar menjadi majlis maaf-bermaafan.Inilah ‘kuasa’ Naim di sekolahnya.

Dia menjadi contoh teladan bagi setiap pelajar sekolahnya. Setiap mata-mata yang wujud di sekolah itu selalu memerhatikan pergerakannya dan mengambilnya sebagai contoh kehidupan yang paling sempurna.Dek kerana mengetahui banyak mata memerhatikannya,dia betul-betul menjaga akhlaknya.Bukan kerana manusia tetapi kerana Allah.Niatnya hanya satu,supaya Islam itu terpancar dari dirinya.Hebatnya dia dalam menjaga akhlaknya, tidak ada seorang pun di dalam sekolahnya melainkan teman sebiliknyanya yang pernah melihat kulit badannya walaupun dia seringkali bermandi-manda di kolah berhampiran dengan surau. Sudah pasti,ramai perempuan yang menggilainya walaupun dia tidak mengetahui hal itu. Di hadapannya semua baik,tunduk dengan penuh tawadukknya tapi berlalunya Naim dari tempat itu,mula lah mulut mereka bergerak memuji dan mengumpat tentang Naim.

Bukan sahaja pelajar biasa yang meminati Naim tapi ada juga pelajar-pelajar perempuan yang memegang tampuk kepimpinan sekolah yang meminatinya cuma tidak disuarakan, bimbang ditegur dan yang paling mereka takuti,takut cinta mereka ditolak. Tambahan pula Naim banyak kali mengingatkan pelajar-pelajar supaya menjauhi zina hati,zina yang tidak dapat dilihat dan tidak dapat dirasa tatkala dia memberi tazkirah.

Namun,hatta nabi Sulaiman yang menjadi raja dunia itupun diuji Allah,inikan pula seorang pelajar sekolah agama yang ilmu agamanya masih bertatih, bahasa arabnya masih merangkak-rangkak.Dia diuji dengan kehadiran seorang pelajar perempuan yang baru pindah ke sekolahnya.Namanya Nisa, Khairun Nisa.Orangnya putih,bertahi lalat di pipi sebelah kanan sedangkan Naim di sebelah kiri.

“Ana Khairun Nisa,sila beri tunjuk ajar.”Nisa memperkenalkan dirinya.

Dalam mahu yang bercampur dengan iman di dalam hatinya,Naim melihat Nisa dengan sipi-sipi matanya sahaja. Ingin dia merenung Nisa dengan lebih tajam tapi iman di dadanya masih kukuh bak tembok besar cina.

“Cantiknya,”hati Naim bermonolog.

Tidak sampai sekelip matapun,imannya menampar hatinya.Dia terus sedar dari diulik oleh syaitan dan lantas dia beristighfar,memohon ampun daripada Tuhan dek kerana melakukan zina,zina hati.Ingin sahaja matanya mengeluarkan bintik-bintik mutiara tanda sesalnya dia akan dosanya namun selaput kaca di matanya masih tebal.Mungkin penyesalannya masih belum kuat untuk memecahkan selaput kaca itu. Saat berganti saat,hari berganti hari,Nisa pun terpilih untuk menjadi salah seorang AJK surau sekolah dek kerana dia asyik ke surau berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.Subuhnya di surau,Dhuhanya di surau,Zohornya di surau,Asar,Magrib dan Isyaknya di surau. Seringkali Naim terdengar suara wanita sedang membaca Al-Quran di balik tabir biru yang memisahkan lelaki dan perempuan,ingin dia mengintai siapakah gerangan hamba Allah itu tapi iman masih tebal menyelaput hati nafsunya.

Ditakdirkan Allah,suatu hari dia ternampak Nisa masuk ke surau perempuan,maka tahulah dia bahawa suara perempuan yang didengar selama ini ialah suara Nisa. Sedang dia sedang bersendirian berdoa selepas solat sunat Dhuha,dia terdengar satu suara perempuan meminta tolong dari balik tabir.Suara perempuan itu sayup-sayup.

“Ish..Nak tolong ke tak..Kalo aku masok belah pompuan,bukanke khalwat..ye la,mane ade orang…aku dan die je..takley,aku mesti bagitau ustaz hal ni,biar ustaz tolong..”Imannya bersuara. Tapi 1 tetap kalah kepada 2.Imannya kalah dengan nafsu dan syaitan yang menggodanya.

“Kalo aku tak tolong,maybe…em…aku intai dulu la,kalo serius aku tolong segera kalo tak,aku lapor kat ustaz,”akal mula campur tangan.

Tabir biru itupun diselaknya dan dia mendapati jari Nisa terkepit di almari Quran.Walaupun sakit Nisa tetap menahannya,bimbang maruahnya jatuh di hadapan seorang ketua badan Agama sekolahnya.Dan ketika itulah makhluk durjana yang bernama syaitan mula mengambil peranan.Disuntiknya bius-bius dosa ke dalam hati Naim supaya Naim tidak terasa melakukan dosa.

“Em..Aku kene lapor kat ustat ke?Patot ke aku tolong?Bley ke aku pegang tangan die?Dose..”Imannya bersuara.

“Ah,darurat,darurat.Even babi pun boleh makan kalo darurat.”Akal yang dibalut dengan nafsunya membuat pertimbangan.

“Betul juga,ok,aku tolong.”Hatinya membuat keputusan sambil disahkan oleh Syaitan.

“Er,Nisa tahan ek,kejap saya tarik pintu almari ni.”Dia memberi arahan kepada Nisa.

“…ok…”Suara Nisa bagaikan bunyi ikan bersuara,entah dengar,entah tidak.

Pintu almari berjaya dibuka,jari Nisa terlepas dari kepitan almari.Merah bak biji saga jarinya,hampir-hampir saja berdarah tapi kulitnya masih kuat menahan segala isi cecair daripada keluar. Tiba-tiba,Naim tanpa berfikir panjang memegang jari Nisa.Niatnya hanya satu,ingin melihat keadaan jari Nisa.Tapi dengan pantas Nisa menariknya dan berlari turun daripada surau dan menuju ke kelas.

“Ya Allah,apa aku telah buat ni…Aku bukan sengaja melakukannya Ya Allah..Ampunilah aku..”Dia berdoa,menangis menyesal dosa yang baru sahaja dibuatnya sebentar tadi.

Habis sahaja air matanya kering,hatinya diketuk dengan pelbagai soalan.Bukan soalan agama tetapi soal maruah dan Siqahnya.Bagaimana jika Nisa menceritakan hal tadi kepada kawan-kawannya?Bagaimana kalau cerita itu bocor kepada junior-juniornya? Kalau ustaz dapat tahu,pasti dia akan dilucutkan dari segala jawatan yang disandangnya sekarang.Dia akan dicemuh dan dihina.Dia tidak akan dapat peluang ke depan lagi sewaktu ketiadaan ustaz.Dia bimbang bercampur keliru. Lamunannya tersentak apabila satu suara memberi salam untuk masuk ke surau.Peluh-peluh resah dan gelisah mengalir di pipi kanannya,dia masih di dalam bahagian surau wanita.Apa yang harus dijawab jika ditanya. Ya,menipu.Menipu adalah jalan penyelesaian yang terbaik buatnya sekarang.Lagipun dia cam suara itu,itu suara Khairul,teman sebiliknya.Baginya tidaklah berdosa menipu teman sebilik yang akrab dengannya.

“Eh,Im.Ape ko wat lam surau perempuan tu?”Soal Khairul,kelihatan di mukanya perasaan ingin tahu.

“Eh,takde ape-ape la.Aku just check samada quran cukup tak belah pompuan.”Jawab Naim.

“Owh,baguslah wat kerja baik atas rumah Allah ni.Insya Allah ko dapat pahala,taknak share ngan aku?”gurau Khairul.

Gurauan yang pada dasarnya kelihatan seperti satu lawak bodoh tetapi ada perkataan-perkataan yang menghantui fikiran Naim iaitu ‘RUMAH ALLAH’. Ya,di atas rumah Allah inilah Naim melakukan maksiat. Di atas rumah Allah inilah Naim menipu. Semuanya di atas rumah ini,rumah kepunyaan Tuan segala tuan. Tiba-tiba dia menangis tetapi bukanlah menangis seperti anak kecil menangis.Hanya air mata sahaja mengalir di atas pipinya yang sedikit cengkung.Khairul terkejut melihat Naim menangis dan bertanya sebab Naim menangis tetapi Naim hanya berdiam.Khairul membuat andaian sendiri,pada pendapatnya mungkin Naim menangis kerana bertaubat.Lantas perasaan cemburu mula menguasai dirinya.Inilah dia tanda orang beriman,pantang melihat orang lebih dekat dengan Kecintaan nya,pasti dia cemburu.

“Eh Im,kelas da nak start.Jom!”Ajak Khairul.

“Ok,”balas Naim.

Pelajarannya selepas waktu rehat tadi tiada makna. Sepatah kata yang keluar dari mulut cikgu-cikgunya tidak satupun diingati atau diberi perhatian.Matanya tajam memandang ke arah papan hijau di hadapan kelas tetapi fikiran jauh ke laut mencari ketenangan.Jasadnya wujud tapi ruh akalnya tiada.Bukan sibuk memikirkan penyelesaian tetapi sibuk mencari masalah-masalah yang akan timbul jika cerita tadi diketahui umum. Rupa-rupanya,bukan Naim sahaja yang berjasad tanpa akal,begitu juga dengan Nisa.Cuma ada kelainannya. Nisa sama sekali tidak bimbang tentang nasibnya jika cerita itu bocor atau ada mata yang terpandang peristiwa tadi tetapi kepalanya sibuk memikirkan tentang Naim.Kedudukannya di dalam kelas menyebabkan matanya tidak berkelip memandang Naim dari belakang. Baginya,alangkah bertuah sesiapa yang dapat menawan hati Naim. Kesopanan dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Naim sebentar tadi,betul-betul memikat hati suci si gadis ini.Begitulah nasib si Abid tanpa Ilmu.Pantang ditiup angin,pasti dia rebah.

Tangan mula mengambil peranan,diambilnya pen merah jambu kesukaannya dan diambil sehelai kertas memo yang berada di dalam laci mejanya.Sepucuk surat ditulis sebagai tanda terima kasih buat si jejaka budiman. Surat sahaja tidak cukup,dibelinya sekotak air laici yang berharga 80sen dengan duit seringgit.Bakinya dibeli sebatang choki-choki,juga sebagai hadiah. Seperti kebiasaannya,Naim datang ke kelas seawal mungkin.Selesai sahaja solat Zohor berjemaah dan makan di dewan makan,tanpa menyalin pakaian,dia terus ke kelas.Baginya masa itu emas dan tidak boleh dibazirkan walaupun sesaat. Masih banyak pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang belum dikuasainya.Tabiatnya ini menjadi ikutan sesetangah pelajar yang lain.Pabila dia melangkah kaki ke dalam kelas,alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat sepucuk kertas yang dilipat 2 dan ditindih dengan sekotak air laici dan sebatang choki-choki. Isi suratnya:


Salam.. Terima kasih kerana tolong ana.. Kalau anta takde tadi,tatau la macamana ana nak buat.. Jangan bimbang,ana tidak akan membocorkan hal tadi kepada orang lain.. Ukhwah Fillah, Nisa’
Sambil menghirup air laici dalam kotak itu,dia tersenyum.Dengan mengoyak plastik depan choki-choki,dia membetulkan kerusinya,mempersiapkan dirinya untuk menulis surat balas kepada Nisa.Sebaik sahaja pen nya ingin menyentuh dada kertas putih berbelang biru itu,dia terfikir alangkah bagusnya kalau dia mempunyai pen berwarna-warni supaya Nisa tidak jemu membacanya.Mata hitamnya terpandang bekas pensil kawan di hadapannya.Tidak pernah dia menyentuh barang orang lain tanpa izin tapi kali ini tidak lagi.Entah kawannya bagi atau tidak,dia terus menggunanya atas alasan yang sangat biasa, “standardla,kawan..” Maka bermulalah kisah cinta Naim,Si Budak Agama.Balas dia:


Salam, Terima kasih atas minuman dan makanan yang saudari bagi, Ana tidak buat apa-apa melainkan untuk menolong insan dalam kesusahan, Bukankah Islam menyuruh kita menolong orang dalam kesusahan? Moga Allah meredhaai kita, Dan,salam perkenalan. Ana Naim.
Naim Diselitnya surat ini ke dalam buku latihan Nisa’ dengan harapan yang membulat.Maka,Naim dan Nisa mula berbalasan surat.Walaupun pada awalnya,kedua-dua merasa kekok dek kerana dua-dua mempunyai tapak agama yang boleh dikatakan kukuh. Ada juga Nisa bertanya di dalam suratnya, “Kita berbalas surat ni,tak salah ke di sisi Islam?”

Pening juga Naim dibuatnya namun disejukkan hatinya dan hati Nisa dengan jawapan, “Takpe,kita dating tak pernah.Bertentangan mata jarang sekali. Kita Ukhwah Fillah.Kita berhubungan inipun semata-mata kerana Allah.Kita niat untuk berkahwin,bukan untuk buat maksiat.”

Nisa membalas, “bagaimana pula dengan zina hati?”

Lalu Naim membalas, “mana ada zina hati.Zina hati tu ulamak yang buat dengan tujuan umat Islam tidak mendekati zina.Rasulullah tak kata pun.Lagipun cinta ini fitrah,masakan Allah zalim mengharamkan apa-apa fitrah manusia?” Hilang sudah prinsip yang dipegangnya selama ini. Walaupun Nisa tidak berpuas hati dengan jawapan Naim,namun dek kerana cintanya dia kepada Naim,di’iya’kan sahaja ‘fatwa’ kekasihnya itu. Naim dapat mengesan rasa sangsi kekasih hatinya melalui gaya bahasa dan cara penulisan yang agak sedikit berbeda,lalu dia membalas,

“Nisa’,bukankah Allah berfirman bahawa perempuan baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik?Ana yakin anti baik dan ana pun yakin yang anti rasa ana baik.Tidak sekali Allah kata isteri yang baik untuk suami yang baik tetapi Allah kata perempuan dan lelaki bermakna belum berkahwin pun takpa.Anti meragui Quran?” Terdiam Nisa’ membaca ‘fatwa’ baru buah hatinya itu.

Ingin dia membantah tetapi bimbang dianggap meragui Quran. Mindsetnya yang mengatakan buah hatinya mempunyai ilmu setinggi langit itu menyebabkan dia semakin yakin dengan ‘fatwa-fatwa’ itu. Siqah bukanlah kerja manusia.Pengaruh bukanlah kawalan manusia.Hati manusia tidak boleh dibeli dengan mata wang, kesetian tidak boleh diperdangkan dengan kemewahan.Semuanya hak mutlak Allah,Tuhan yang membolak balikkan hati manusia.Jika Dia menghendaki seseorang itu mulia,maka mulialah orang itu walaupun pada awalnya dia hanya seorang anak yatim piatu.Jika Dia menghendaki seseorang itu hina,maka hinalah orang itu di atas tahtanya sendiri.Semuanya bukan dengan tiba-tiba tetapi ada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nya yang diberi nama Sunnatullah. Kepercayaan manusia terhadap seseorang itu akan datang bila dia mendekatkan diri dengan Tuhannya. Kesetiaan seseorang terhadapnya menjadi lebih solid pabila dia menyempurnakan apa yang dilafaznya.Inilah hukum yang ditetapkan Ilahi.

Makin hari,pengaruh Naim semakin jatuh.Kawan-kawan dan junior-juniornya semakin bosan dengannya.Sebab?Tiada. Jelas sekali soal hati,Dia yang punya.Hidup Naim juga menjadi tidak tentu hala.Dulu dia berbaju ketika mandi di kolah,kini tidak lagi.Pertimbangan akal menjadi semakin kurang,mungkin terlampau tebal kabus dosa yang menutupi hatinya.Siqahnya kian jatuh.Terkadang dia dimarahi oleh cikgu-cikgu kerana prestasinya yang kian merosot. Dia merasakan tekanan semakin bertambah.Tiada lagi sakinah yang dianugerahkan kepadanya dulu.Tiada lagi senyuman tatkala kesusahan.Tiada lagi nasihat-nasihat penenang yang mampu diberi pabila adik-adik datang meminta nasihat.

Jika dulu dia mampu mengambil tugasan luar walaupun ketika peperiksaan bulanan dijalankan,kini tidak lagi.Bukan peperiksaan pun dia tidak dapat mengatur masa dengan baik.24 jam baginya tidak cukup.Masa untuk dia belajar,masa untuk dia berpersatuan dan masa untuk Nisa.Pernah dia berdoa meminta diberi 1 jam lebih tapi dia tidak sedar bahawa jika dia diberi 100 jam lebih pun,pasti tidak mencukupi. Khairul merasa hairan dengan perubahan sikap kawan sebiliknya itu.Kadang-kadang tersenyum seorang diri,kadang-kadang masam dan kadang-kadang seperti bercakap seorang diri.Naim seakan-akan gila.Betul Naim gila,gila bayang.Panahan syaitan benar-benar telah menusuk ke dalam hatinya,membuat satu lohong iman di dalam hatinya.

Khairul cuba bertanya mengapa dia seakan-akan berubah tapi dimarahnya Khairul, “kubur lain-lain,syurga lain-lain,neraka pun lain-lain!”

“Betul,sebab lain-lain la aku nak tanya ko.Mane la taw ko ade masalah,bimbang takut di sana pun ko ade masalah. ”Ujar Khairul.

“Ko taw kan firman Allah, kuu anfusakum wa ahli kum naara?”Soal Naim.

“jagalah diri kamu dan ahli keluarga mu daripada api neraka..jadi?”Jawab Khairul.

“Jadi?!Aku ahli keluarga kau ke?!”Marah Naim lagi. Khairul terdiam sedar bahawa ilmunya tidaklah setanding dengan Naim.

Perasaan kesal timbul dalam hatinya atas tindakan sahabatnya sebentar tadi.Namun,atas dasar silatur rahmi kerana Allah,dia nekad untuk mengetahui punca Naim berubah. Baginya pokok tidak akan bergoyang jika beruk tiada di dalamnya.Walaubagaimanapun,Khairul tidaklah selicik Naim, dia buntu apabila memikirkan adakah tindakannya selari dengan Islam atau berserenjang dengan Islam.Lalu disampaikan isi hatinya kepada Ustaz Faidi, Mentornya.

“Er Ustaz,saya ada masalah nak bincang dengan ustaz.”Bagitahu Khairul.

“Ma?”Soal Ustaz balik.

“Ustaz,saya bimbang dengan Naim,teman sebilik saya.Perangainya seperti sudah berubah.Dia macam bukan dia..Er, tataw nak terang macamana..”Terang Khairul.

“Na’am,ana pun perasan perubahan pada Naim.Dia dah bukan macam dia yang dulu.Banyak perubahannya.”Tambah Ustaz.

“Saya rasa,ada yang disembunyikan olehnya Ustaz dan saya rasa,ada baiknya saya menyiasat..Bolehkah ustaz?”Soal Khairul.

“Dalam Islam,mengintai mencari kesalahan orang ini diistilahkan sebagai Al-Tajassus.Hukumnya asalnya haram tapi boleh berubah menjadi harus pabila diperlukan.Dan dalam keadaan ni,hukumnya harus.”Terang ustaz.

Penyiasatan bermula dan penyiasatan Khairul bertemu dengan jalan buntu.Tiada sebarang benda buruk yang dilakukan Naim.Namun,pabila Allah menghendaki yang gelap menjadi terang,dihilangkan bintang dan diganti dengan matahari. Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh juga ke tanah.Akhirnya surat yang disimpan selama ini dijumpai oleh Khairul ketika dia sedang membersihkan surau. Rupa-rupanya,surat-surat yang dihantar oleh Nisa’,selama ini disimpan di balik almari al-quran di hadapan tempat imam solat.Terkesima Khairul dibuatnya apatah lagi ketika membaca perkataan-perkataan yang telah berlaku evolusi,daripada ‘ana’, ‘anti’, kini ‘sayang’, ‘ayang’.Daripada ‘ukhwah Fillah’ kini ‘I luv U’. Khairul tidak salah lagi,surat itu kepunyaan Naim.Tertera nama Naim di atas belah kiri surat, ‘Buat Naim ku sayang’. Dalam tidak sedar,Khairul menangis.Dia betul-betul sedih membaca surat-surat itu,bukan kerana Nisa yang dalam pemerhatiannya juga dirampas orang tetapi sedih bagi pihak Naim.Terngia-ngia di telinganya bacaan ayat 2 dan 3 surah As-Saf yang selalu dibaca oleh Naim ketika menjadi Imam Magrib.
Mengenangkan maksud ayat-ayat tersebut yang secara ringkasnya membari maksud melarang orang beriman daripada memberi nasihat tentang apa yang mereka perbuatkan, Khairul terus menangis. Dari luar surau,kelihatan Naim yang baru sahaja sampai di surau.

Tanpa berfikir tentang benda lain,Naim terus memandang ke arah tempat penyimpanan ‘harta karun’nya itu .Terperanjat dia apabila mendapati Khairul sedang memegang ‘harta-harta karung’nya itu dan tanpa berfikir panjang,dia berlari ke arah Khairul.Sekali lagi dia melanggar prinsip yang diajar kepada orang-orang lain supaya menghormati rumah Allah,jangan berlari-lari di atasnya.Dia lupa bahawa dia pernah melarang kawan-kawannya yang bergurau di dalam rumah Allah,katanya bahawa berlari di atas rumah Allah seperti berlari di atas perut ibu sendiri yang sedang sarat mengandung.Entah benar,entah tidak. Ditolaknya Khairul ketepi dan dirampasnya semua surat-surat yang dipegang oleh Khairul.

“Woi,ape ko buat ni?!!!”Marah Naim.

“Woi?Mana pergi bahasa mu wahai kawan?Mana pergi sopan santun mu wahai kawan?Mana pergi dirimu yang dulu wahai Naim?”Soal Khairul sambil mengesat air mata yang sedang mengalir.Naim terdiam.

“Rupanya,inilah masalah mu wahai kawan.Tiada ku sangka dirimu sedemikian,wahai kawan.Bagiku engkau lah model, engkaulah insan sempurna yang memancarkan sinar Islam ke sekolah ini.Kini kau sirna wahai kawan,kau mutiara yang kian sirna!”Marah Khairul.

“Ah,kau peduli ape!”Naim bersuara walaupun hatinya terkesan dengan kata-kata Khairul.

“Jujur aku tanya,kau couple Im?”Soal Khairul.

“Aku couple ke,aku tak couple ke,tu soal aku la.Dosa biar aku tanggung sendiri!Jangan risau la,aku takkan heret kau masuk neraka sama dengan aku!”Lantang sungguh Naim berbicara.

Dia lupa di atas lantai rumah siapakah yang dia pijak sekarang. Khairul berlalu dari tempat itu dengan penuh penyesalan.Ingin dia salahkan takdir kerana menemukan dia dengan seorang kawan yang hipokrit seperti Naim namun dia akur dengan qada’ dan qadar Ilahi. Semasa mereka bekelahi sebentar tadi,mereka bukan berdua. Di balik tabir biru itu ada 3 pasang telinga yang mendengarnya secara tidak sengaja.3 orang pelajar junior perempuan baru sahaja selesai mendirikan solat sunat Dhuha mendengar setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut mereka berdua. Malang si Naim.3 orang pelajar itu bukanlah pelajar yang diam sifatnya.Dihebahkan berita Naim berpacaran ke setiap juzuk sekolah sehingga para cikgu pun tahu mengenainya.Ke mana sahaja Naim pergi,pasti ada mata-mata yang memandangnya dengan hujung-hujung mata dan sebaik sahaja Naim pergi,mulalah syaitan berpesta dengan dosa mengumpat.Bertambah malang bagi Naim,dia tidak tahu bahawa semua orang telah tahu dia berpacaran.Tazkirah yang seringkali ditunggu oleh semua pelajar kini dicemuh,dihina dan dikutuk oleh semua yang mendengarnya kecuali kekasih hatinya,Nisa. Khairul,si sahabat setia ini tidak senang mendengar orang mengumpat sahabat sejatinya. Akhirnya dia berkeputusan untuk menyampaikan sendiri kepada Naim bahawa semua orang sedang mencelanya.

“Im,sebenarnya..Semua orang da tahu ko couple..”Bicara Khairul secara perlahan.

“Hah?!”Terkejut Naim.Apa yang ditakutinya kini menjadi realiti.

“Ko bagitaw orang?!!!!”Soal Naim.

“Eh,tak..Aku pun tak taw macamana bley..”

“Ah!! Inilah kawan! Kawan makan kawan! Aku tau dari dulu lagi ko dengki ngan aku, ko dengki ngan jawatan aku dapat!Aku taw kau sengaja nak jatuhkan aku!”Naim memotong dengan lajunya,melebihi had laju yang sepatutnya.

“Demi Allah..” “Jangan main dengan sumpah!Berani sebut nama Allah dalam wat dosa,dasar…”Sekali lagi Naim memotong,laju benar susun katanya.
“Aku menyesal bagitahu kau,aku ingat kau la kawan aku yang sejati rupa-rupa..”

“Rupa-rupa apa?!Musuh?!”Naim marah lagi.

“Na’am!Musuh Allah,musuh agama Allah!Ko nasihat orang jangan bercouple,jangan zina hati, jangan itu,jangan ini tapi dalam masa sama kau buat!Ko lupa ayat-ayat surah As-Saf yang ko selalu baca tyme jadi Imam?Ko lupa?!Meh aku ingatkan ko! Wahai orang beriman jangan kau melarang apa yang engkau kerjakan,sungguh besar kemurkaan Allah pada engkau! Ya,pada engkau Naim!Allah memurkai mu dan layaknya aku membenci mu!” Balas Khairul dengan penuh perasaan kecewa.Lalu dia meninggalkan bilik dengan menarik tombol pintu dengan sekuat-kuatnya.

Keheningan dan kesunyian malam itu dipecahkan dengan dentuman pintu bilik khas,bilik Naim dan Khairul. Di sekolah itu mereka sahaja yang diberi keistimewaan untuk tinggal di bilik dan orang lain di dorm,memandangkan mereka ialah ketua dan penolong ketua pelajar di sekolah itu.Pelajar-pelajar senior yang mendengarnya keluar dengan berlari,hati mereka ingin benar mengetahui apa yang berlaku namun kelihatan hanya Khairul sedang berjalan menuju ke tandas.Berbeza pula dengan pelajar junior,mereka dengan lajunya menutup lampu dan berpura-pura tidur,bimbang nama mereka dipanggil untuk dijadikan ‘lauk’ para senior malam itu.

Kata-kata Khairul benar-benar menikam qalbu terus ke akal.Tersentak Naim buat seketika. Mimpi ngeri dalam hidupnya baru bermula.Tidak,dia baru sedar yang dia dalam mimpi ngeri. Tindakan segera wajib diambilnya jika tidak Siqahnya akan terus merudum jatuh menyembah bumi.Jika dia terus begini,tiada lagi ‘Abg Naim Si Budak Surau’ atau gelaran ‘Wali Naim’.Tiada lagi kesetiaan,tiada lagi kepatuhan dan tiada lagi insan yang akan menghormatinya menggunakan hati mereka.Apa yang ada hanya lakonan.Buah di luar, duri di dalam. Dikuatkan hati,diringankan tangan untuk menulis surat terakhir buat kekasih hatinya. Tapi ternyata dia gagal.Semalaman dia tidak lena,pening memikirkan jalan penyelesaian yang pasti tiada jawapannya.Akibatnya,dia tertidur di dalam kelas.

“Naim,bangun!”Arah Cikgu Marlina,cikgu matematik tambahan yang terkenal dengan garang dan keceluparan mulutnya. Naim terjaga dari lenanya dan terus berdiri.

“Apa dah jadi dengan awak ni?Dalam kelas tidur,luar kelas bercinta!”Marah Cikgu Marlina.

Awan hitam kini melitupi Naim,dia merasa tersangat malu.Bukan arang yang diconteng ke mukanya sekarang tetapi najis,najis manusia,manusia yang bernama Naim,najisnya sendiri. Tiada kata dapat dibalas,dia hanya tunduk terdiam. Naim bijak dalam beragama tapi dia gagal dalam berpolitik.Dia tidak sedar akan tindakan untuk tunduk dan diam itu bukanlah satu tindakan yang betul dalam berpolitik.Tindakannya itu sepeti dia mengakui kesalahannya dan dalam erti kata lain,dia mengakui bahawa dia sedang bercinta. Marah Cikgu Marlina tadi bukan sahaja menampar Naim tapi terbias juga kepada pasangannya, Nisa.Nisa tunduk,akur dengan kesilapannya.

Kini,dia sedar bahawa dia telah menarik Naim ke lembah kebinasaan.Surat pertamanya,surat tanda terima kasih itu merupakan surat jemputan ke neraka.Dia sudah sedar segala-galanya.Surat,hadiah dan fatwa-fatwa Naim itu merupakan alatan-alatan yang dibuat oleh syaitan.Nampak seperti sesuai dengan syarak tapi penuh dengan unsur kemaksiatan,tidak dapat dilihat oleh mata kasar,hanya mata hati dapat mengesannya. Cara yang terbaik untuk Nisa sekarang,menulis surat terakhir,surat tanda perpisahan, surat yang akan meniupkan kembali segala kebaikan dan menutup segala keburukan.Dengan nekad yang kuat di dalam hati,keyakinan yang tinggi terhadap Islam,Nisa memegang pen merah jambu kesayangannya dan mula menulis.


Salam sayang, Sudah hampir 5 bulan kita bercouple, Ayang percaya yang sayang sudah tahu isi hati ayang, Ayang benar-benar menyintai sayang.. Sepenuh jiwa dan raga ayang.. Namun,ayang sedar satu benda,benda yang mungkin buat kita menangis, Dalam kita asyik mengejar cinta Ilahi bersama-sama,kita telah balutinya dengan cinta yang penuh dengan kepalsuan.Cinta manusia yang tidak mempunyai dasar yang kukuh.Kita selesakan diri kita dengan menyatakan cinta kita berdasarkan iman tapi dengan iman itu kita melakukan maksiat.Benar kita tidak pernah berjumpa,berdating seperti remaja lain tapi maksiat bukan itu sahaja. Ayang yakin dengan kata-kata sayang bahawa tiada hadis yang menyatakan zina hati tapi ayang baru perasan bahwa ayat la taqrabu zina itu menggunakan fail qaraba yakni perbuatan mendekatkan dengan hati.Maknanya,dengan hati pun tidak boleh dekati zina. Ayang bukanlah membuat fatwa atau apa-apa ajaran tetapi itulah yang ayang percaya.Tindakan kita ini tidak lain tidak bukan,membersihkan najis dengan air kencing sendiri.Najis tidak bersih tetapi bertambah kotor,mengalir dan terus mengalir mengotori semua tempat. Sayang..Ayang percaya pada jodoh.Jika kita dijodohkan bersama,Insya Allah,kita akan bersama.Tidak perlu bercouple atau berkenalan,jika Allah nak kita bersama,insya Allah kita bersama. Percayalah,itu hak Allah.Dia boleh buat apa yang dia suka.Dia yang menghidupkan Isa tanpa bapa,menyejukkan api yang membakar nabi Ibrahim,memutuskan air penghalang nabi Musa dan menghidupkan Sam bin Nuh buat nabi Isa.Jika semua perkara ganjil itu Allah yang buat,apatah lagi soal jodoh yang merupakan soal kebiasaan. Semoga apa yang kita bina selama ini diampuni Allah. Ukhwah Fillah. Nisa
Tertitis setitik dua air matanya di atas surat itu tapi cepat-cepat dilapkan supaya tulisan tidak hilang.Sengaja dia tidak mengambil kertas baru dan menulisnya kembali supaya Naim faham isyarat yang cuba diberinya.Hati Nisa tidak mahu tapi disebabkan imannya, agama didahulukan.Kemahuan ditolak ketepi walaupun perit menolaknya. Surat keramat diletakkan di atas meja Naim,kali ini tiada lagi air laici dan tiada lagi choki-choki,surat semata-mata.Naim membacanya dan dia telah bersedia dengan keadaan ini.Tiada lagi air mata,tiada lagi tangisan tiada lagi kedukaan. Kisah cintanya jelas bukanlah cinta yang menghasilkan CINTA tapi cinta yang berpaksikan maksiat semata-mata. Tangannya pantas mencari kertas dan pen untuk membalas surat terakhir ini.Tengah dia berfikir ayat-ayat cinta terakhir,hidayah Tuhan sampai.Cahaya yang akan menghilangkan segala titik hitam yang bertapak di permukaan hatinya.Cahaya yang akan membaca cinta ini kepada CINTA.

Dengan penuh yakin,dia mengoyak kertas yang ditulisnya tadi. Dia yakin,jika dia menulis surat balas,syaitan akan mencelah dan mengambil peluang lagi ke atasnya. Biarlah surat ini bergantung sebegini supaya dapat disambung di akhirat nanti.


♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸♫

Cinta Dan Rindu Ini Bersatu...


Aku cintakan dia.


Sejak kenal dia di bangku sekolah rendah, aku selalu mencuri waktu untuk mengenali dia. Cinta dalam diam. Dia tidak pernah tahu. Orang kata, cinta dalam diam itu menyakitkan. Sakit kerana kita tidak pernah berani untuk meluahkan. Namun, aku tidak langsung merasa sakit itu. Entah kenapa, aku rasa bahagia walaupun dia tidak pernah tahu.


Di sekolah, kawan-kawan menjadi tempat untuk aku bertanya tentang dia. Hampir setiap hari, ada saja soalan tentang dia. Seolah-olah segalanya tentang dia tidak akan pernah habis aku risik. Semakin dalam aku kenal dia, semakin banyak pula benda baru yang aku tahu tentang dia. Semakin banyak yang menarik hati aku tentang dia.


Kadang-kadang ada cemburu dalam hatiku, bila ramai yang menyebut-nyebut namanya. Bukan aku seorang, ramai juga yang menaruh hati pada dia. Malah melihat mereka dan membandingkan diriku dengan mereka buat aku rasa rendah diri. Mungkinkah dia akan memilih aku yang tidak punya apa-apa?


Sampai lah aku ke menara gading, aku masih ada dia dalam hati. Aku tahu, bukan kebetulan, seolah-olah dia ditakdirkan Allah untuk sentiasa ada dekat denganku.


Dan di situlah segala-galanya bermula.


***


"Aku rasa, dia membuatkan aku semakin dekat dengan Allah dan Rasulullah..." suaraku satu malam kepada rakan sebilikku, Nawal. Ketika itu, kami sedang mengulangkaji pelajaran. Kertas terakhir untuk semester terakhir.


"Alhamdulillah...tapi kau senyapkan saja. Sampai bila?" Nawal seakan-akan tidak puas hati.


"Biarlah, sampai bila-bila. Sampai Allah tentukan masa yang sesuai," aku senyum segaris.


"Tapi Ulfah... Dah ramai sangat yang tanya ni, aku tak tau dah nak buat cerita. Tu Jasmir tu, dah banyak kali dah tanya-tanya tentang kau..." Nawal cuba memujuk.


"Kalau macam tu, cakap kat Jasmir aku dah berpunya. Hehehe..." aku tergelak kecil.


Nawal mengeluh.


"Tak baik mengeluh! Kau doakan la aku dan dia ada jodoh! Doa tu kan senjata mukmin..." aku masih dengan pendirianku.


"Tapi kau tak pernah bagitahu aku nama dia..."


***


Keputusan peperiksaan aku dan Nawal sama-sama cemerlang. Kami sama-sama menyambung pengajian di Asia tengah. Mengambil bidang yang sama juga, malah tinggal bersama lagi. Pernah terdetik dalam hatiku, mungkin Allah takdirkan aku dengan dia berkawan sampai mati.


"Ulfah..." Satu petang, Nawal memulakan bicara yang pernah kami bualkan satu masa dulu.


"Ye, sayangku..." Ya, aku sayang Nawal, sahabat terbaik yang pernah Allah anugerahkan padaku.


"Jasmir... Semalam dia tanya aku lagi."


Jasmir turut menyambung pengajian di sini. Malah ramai juga sahabat satu kampus dulu menyambung pengajian di sini. Mendengarkan kata-kata Nawal itu, membuatkan aku terdiam seketika. Jasmir masih menunggu rupanya.


"Dia tahu kau tak terikat lagi dengan sesiapa..." Nawal seolah-olah dapat membaca fikiranku.


"Nawal... Aku bakal diikat tak lama lagi, insya'Allah. Sampaikan pada Jasmir macam tu, ok?" pintaku sambil mencapai tangan Nawal. Tangan itu aku genggam erat. Penuh harapan.


"Betul?" Nawal merenung jauh ke dalam mataku.


Aku mengangguk sambil tersenyum bahagia.


"Alhamdulillah... Dengan dia?" Nawal bertanya lagi.


Melihat senyumanku, Nawal turut tersenyum bahagia.


***


"Maafkan aku Jasmir. Ulfah tak mungkin terima kau, dia bakal jadi milik orang lain." Nawal berjumpa Jasmir pada hujung minggu, ditemani seorang kakak senior.


"Siapa orang tu, yang bakal menjadi suami Ulfah? Aku teringin nak tahu..."


"Dia tak akan bagitahu. Aku dah puas bertanya sejak lama dulu lagi. Dia kata tunggu dah nak dekat majlis."


"Beruntungya lelaki tu... Bila dia akan bernikah?"


***


Gegar gempita di luar bangunan itu dapat dirasai hingga ke tempat mereka berkumpul. Bingit sekali bunyi muntahan peluru dan mortar antara dua pihak yang sedang bertelagah. Tiada siapa menyangka, Tanah Ratu akan menjadi sasaran pihak sebelah sana. Telah begitu banyak nyawa yang terkorban sejak perang bermula seminggu lalu. Dan hari ini, pihak sebelah sana semakin galak meluaskan kawasan serangan.


"Jasmir! Jasmir!" Nawal melaung nyaring apabila ternampak kelibat Jasmir dalam kumpulan orang ramai. Lelaki itu menoleh. Bersusah-payah dia membolosi orang ramai untuk menghampiri Nawal.


"Kau nampak Ulfah kat mana-mana?" tanya Nawal apabila Jasmir berada di hadapannya. Dahi Jasmir berkerut.


"Kenapa Ulfah? Dia tak ikut bersama kau tadi?"


"Tak, aku dari perpustakaan terus ke sini."


"Ulfah kat mana masa tu?"


Nawal menggeleng dan mengangkat bahu. Seketika suasana bingit apabila kedengaran bom meletup kuat. Sekali lagi bangunan itu bergegar. Lebih kuat gegarannya dari sebelum ini. Riuh rendah suara orang ramai menduga-duga itu angkara pengebom berani mati kerana bangunan yang meletup adalah kubu pihak sebelah sana yang letaknya tidak jauh dari sini.


"Jasmir!!! Nawal!!" Suara garau seorang lelaki menjerit memanggil nama mereka berjaya mengalahkan suasana riuh-rendah di sekeliling. Seraya mereka berdua menoleh ke arah pemilik suara. Saifullah kelihatan cemas. Bajunya hilang warna disaluti debu pasir. Keringat di wajah menunjukkan Saifullah bergegas ke sini entah dari mana-mana.


"Jasmir, Nawal... Ulfah... Ulfah..." Saifullah tercungap-cungap.


Nawal membuntang biji mata. Entah kenapa hatinya rasa tidak senang. Seolah-olah sesuatu yang buruk telah menimpa sahabat baiknya itu.


"Kenapa Ulfah, Saifullah???"


***


Nama dia Syahid...
Aku cinta dan rindu Syahid, ya Allah...
Pertemukan aku dengannya...


Tulisan terakhir dalam diari Ulfah yang ditemui di sebalik runtuhan bangunan itu terasa bagai mencarik-carik hati Nawal yang membacanya. Jasmir terduduk di situ juga.


Ulfah telah pergi beberapa hari lepas.

Cinta dan rindu pada mati syahid di jalan Allah selama ini akhirnya termeterai sudah.



P/S I: Dah lama tak menulis cerpen. Maaf kalau ia bukan kisah cinta romantis.


P/S II: Dan aku tidak meminta kamu menjadi orang lain...cukuplah kamu menjadi hamba Allah yang patuh...

Family Dia...

saje nak upload pic family Si Dia...ƗƗeƗƗeƗƗe.."̮ =).

Haa Ni Lah Famly DIA..:)
ok y ni kakak dia yang 1st..Hasfalieza..
Hasfalela..yg no 2..
Dia Haszahari..:)
Hasfarina..
Hasfarizal..
yg comei ni anak sdra dia..Alya...sweetkan..

Cerpen Cinta





Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku, Nurul Iman.

"Assalamualaikum, Shera," katanya kepadaku.

Aku tersenyum sewaktu memandang wajahnya, sungguh lembut dan tenang hati memandang. "Waalaikumsalam," jawabku.

"Nun termenung jauh, sedang berfikir tentang apa?" tanya Iman.
 

Perlukah aku beritahu dia? Siapakah dia? Adakah berhak dia mengetahui segala isi hatiku walhal kami baru sahaja kenal? Haih.. Entahlah. Apa yang pasti, tidak mampu aku mengeluarkan kata-kata pada saat itu. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan.

Biarpun aku tidak menjawab persoalannya, dia tidak mengambil hati. Malahan, dia masih mengatur bicara untuk memecahkan kesunyian di antara kami. "Hmm.. Mesti awak tengah fikir tentang cinta, kan?"

Aku masih diam membisu. Sungguh mudah dia menebaknya. Apa jelas sangatkah kelihatan mengenai isu itu di rautku? Diukirnya sebuah senyuman di wajahnya yang mulus. Mahu dikatakan dia cantik seperti supermodel, tidak. Mahu dikatakan dia tidak cantik, menarik pula bila dipandang wajahnya. Apa yang pasti aku dapat merasakan satu ketenangan di saat aku menatap wajahnya. Dia kelihatan baik. Kelihatan seperti boleh dipercayai. Senyuman di bibirnya masih terukir.

Dilihatnya wajahku seraya menyambung kata, "Bercinta ni seronokkan?"

Tersengih aku dibuatnya. Mahu sahaja menjawab seronok tapi hati segan pula. Dia seakan mengerti perasaanku yang mungkin agak segan untuk berbicara soal ini. Apatah lagi, aku tidak pernah mengenalinya.

"Rasa macam di awang-awangan. Apa orang kata? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... Kan?" tanpa jemu dia cuba mendapatkan responku.

"Hmm.. Mungkin," jawabku ringkas.

"Haa? Mungkin?" soalnya disusuli dengan tawa nipis.

Aku hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.

"Awak pernah bercinta?"

"Entahlah. Saya pun tak tahu nak kata macam mana," aku meluahkan kepadanya.

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pasti?"

"A'ah. Mahu dikatakan kami bercinta, kami tidak pernah declare pun. Mahu kata tidak, kami berhubungan lagaknya seperti orang yang bercinta. Saya sendiri tak pasti."

"Titt!" Telefonku berbunyi menandakan masuk satu mesej. Terus aku buka dan baca, 'Nenek! Nenek dah sombong kan, sekarang? Asyik busy je. Jom jumpa! :D'

Entah mengapa aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Haziq yang ku gelarnya 'atok'. Terus laju jariku menari di atas butang-butang telefon bimbitku, membalas mesej kepada rakanku itu. Sedari sekolah lagi kami memang rapat. Biarpun sering bertengkar, tapi hubungan kami bertambah mesra. Aku berasa senang bila bersamanya. Ada semacam perasaan seronok dan adrenaline ku laju mengalir dalam tubuh di saat aku meluangkan masa bersamanya.

'Ahah. Tak pasal-pasal lah atok ni! Sombong apa ke benda nya? Awat? Rindu eh? :p'

-message sent-

"Dapat mesej dari yang tersayang ke?" soal gadis berlesung pipit itu melenyapkan khayalanku sebentar tadi.

"Isy.. Bukanlah. Kawan je," jawabku tersipu-sipu malu.

"Iye ke?" nadanya seolah mengusikku. "Kalau kawan takkan lah senyum lebar sampai ke telinga?"

"Titt!" -message in-

'Mestilah rindu nenek yang tersayang ni...... :*'

Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku tersenyum pabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan lelakiku itu. Seolah-olah satu tindakan luar kawal. Seolah-olahadrenaline ku tidak mahu surut pabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengannya. Hmm... Aku jadi terfikir mungkinkah aku sedang bercinta tanpa aku sedari? Mungkin inilah yang dikatakan cinta cuma aku masih mahu menafiknnya selagi kami tidak official? Ah! Tak! Tak mungkin! Takkanlah kami bercinta sedangkan kami selalu bertengkar?

Aku ketepikan sebentar telefon tanganku, seraya menjawab persoalan yang diajukan oleh teman sekamarku, "Sungguh, lah. Kitorang kawan, tak couple pun. Hmm.. Kalau kamu nak tahu, dari dulu sampai sekarang memang niat Shera nak cinta pertama dan terakhir untuk suami Shera je. Tak nak lah kongsi dengan orang lain. Apa seronok. Nanti kalau kita dah kahwin, dah tak rasa dah nikmat bercinta. Lagi satu, orang selalu kata cinta pertama paling susah nak lupa tak kira lama mana pun. Sebab first love selalu bagi kesan paling mendalam. Jadi, mestilah Shera nak suami Shera jadi cinta pertama. Tak nak lah bila kahwin nanti terkenang pulak dekatex-boyfriend ke apa ke, kan?" Panjang lebar aku berikan jawapan. Terasa puas bila dapat beritahu pada orang tentang prinsipku biarpun ditanya berpuluh kali.

Wajahnya begitu lembut, ditambah pula dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya membuatkan aku senang untuk berbicara soal ini dengannya. Dia kelihatan begitu tenang sekali sebelum meluncurkan kata-kata daripada bibirnya.

"Oh. Baguslah macam tu. Seronok mendengarnya. Sejuk perut ibu mengandung."

Aku tersenyum mendengar setiap tutur bicara yang keluar daripada mulutnya. Kadang, ada timbul sedikit perasaan bangga kerana biarpun aku bukannya daripada keluarga yang alim-alim, yang memakai tudung labuh atau niqab, aku masih lagi berpegang teguh dengan prinsip. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengerti aku juga faham syara'. Aku faham Islam melarang hubungan couple sebelum bernikah.

"Hmm.. Awak, pernah bercinta?" ku tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.

"Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau orang yang tak pernah bercinta," ujarnya tanpa segan silu.

Kata-katanya itu membuatkan perasaan ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang, mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.

"Seriously? Tak tipu?" aku berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.

"Iya. Buat apa saya nak tipu awak?"

"Wow! Kalau macam tu, story lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dahcouple?"

"No... No.. No... Saya lebih suka kalau awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebutboyfriend sebab saya ramai boyfriend tau.." ujarnya bergurau.

"Ish.. Tak sangka kan... Kamu ni nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata, alim-alim kucing? Eeee... Gatal......" usikku.

"Lah... Awak pun ramai boyfriend cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa."

Aik? Dikenakan aku semula. Loyar buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak memang kena dengan aku. Ishh......

"Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul Iman bt Yahya oii... Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman... Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun pasal kekasih hati kamu tu?"

"Hmm... Ada lah... Cuma awak tu.. Sibuk sangat bermesej dengan teman tapi mesra."

Aku hanya tersipu malu mendengar komennya.

"Awak ingat awak je rindu kat 'atok' awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish... Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat 'atok' pun tak boleh challengekerinduan saya kot?"

"Aik... Ni macam dah lain dah ni? Rindu, rindu... Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh nak berpisah langsung dah ni.. Kan?" aku cuba mengorek dengan lebih mendalam lagi.

"Bravo! You got 10 points for the correct answer!" ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.

"Ish.. Seriously. Betul, kan kamu selalu dating? Kan kan?"

"Saya serious lah ni... Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergidating lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah... Eeee... Takut tau kalau kena marah."

"Garang juga kan kekasih awak tu. Nasib baik lah 'atok' tu reti merajuk je, tak marah-marah."

Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Ha, marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau... Dia sweet sangat. Hari tu saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat," ujarnya sambil ketawa nipis.

"Hmm. Iya lah... Tapi kan Iman, kenapa Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak pernah pun nampak kamu SMS ke... Call ke... Pelik juga. Kamu ni saja reka cerita eh?"

"Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya."

"Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau saya kenal...."

"Betul ni nak tau?"

"Iya... Mana tau nanti kita boleh keluar sama," ujarku.

"Allah."

Aku terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.

"Mesti Shera terkejut kan kenapa saya cakap macam tu?"

Aku masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi...

"Tapi.... Tadi kamu kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kamu cerita as if he is a man. Tapi...."

Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.

"Shera, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?"

Tiada kata yang dapat aku susun untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.

"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."

"Shera, awak nak tak suami yang baik?" tanyanya lembut.

Aku mengangguk tanda ya.

"Kalau awak nak suami yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.

Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju.

"Jadi, apa kata sebelum awak bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"

Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yangsweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love storykita akan menjadi sweet.

SaHaBaT SaMPai sYurGa...

Assalammualaikum..^^
Hari ni ak tnsion sangat sbb kena buat keje y xpenah aku buat..arghhh letih kepala otak aku dok pk..haha
so untuk kurang kan tension ak y semakin menggila ni,ak  buat lah kje2 yang aku suka..huhu.. hey hey aku sebenarnya nak kongsi ngn korang semua  sebab aku happy dapat merapatkan kan balik hubungan aku ngan member2 sekolah aku dulu..srius wehhh aku syg giler kat dorang..Syg Sampai SYURGA okehh..^^
ok2 aku malas nak taip entry ni panjang2..jom jengah2 gambar yang aku nak upload ni..ƗƗɑƗƗɑƗƗɑ

sahabat yang setia...
Yana , Emma & Aimi..
yana , aimi & aku laaa..hihi
uii pakwe baru tuu,,hndsme..haha
bila mata bertentang mata..mulut tergaris sebuah senyuman..cewahh..haha
ktorg tgk crita ni..Untk 3 hari..huhu





Jumaat, 21 September 2012

Cinta Itu Indah..^^

cinta..
orang kata ianya membahagiakan..
ada juga yang kata ia menyakitkan..

cinta..
orang kata ia ibarat cahaya..
tapi ada juga yang kata cinta itu kegelapan..
sebenarnya ia adalah cahaya dalam kegelapan.
awak..
bila saya dengar orang kata pasal cinta,
saya hanya mampu tersenyum..
bagi saya..
cinta itu kekuatan..
cinta itu perubahan..
ia bagi kekuatan kepada kita untuk berubah ke arah yang lebih baik..
awak.
bagi saya cinta itu juga ujian..
ia akan uji sejauh mane setia kita padaNya..
ia juga akan uji sekuat mane kita dalam menjaga anugerah Allah yang suci..
bagi saya.
cinta itu juga tanggungjawab..
tanggungjawab kita untuk membentuk cinta yang diredhai si Pencipta cinta
awak..
kadang-kadang cinta akan buat kita tersenyum..
kadang-kadang juga ia akan membuatkan kita mengalir air mata..
tapi hebatnya cinta,
ia mampu membuatkan air mata kita mengalir tika senyuman terukir dibibir..
awak..
apa yang saya sangat pasti cinta itu adalah kebahagian..
begitulah harapan saya agar akan bahagia dengan awak suatu hari nanti..
tapi andai bukan saya orang yang akan membahagiakan awak..
saya akan redha..
sebab cinta itu mengajar saya erti ikhlas dan redha..
awak..
cinta itu kekuatan,
cinta itu cahaya,
cinta itu ujian,
cinta itu tanggungjawab,
dan cinta juga adalah cikgu yang baik kepada saya..
ia mengajar saya erti ikhlas dan redha.. :)