Sabtu, 8 September 2012

Kumbang Dan Bunga (^_^)

Kumbang Dan Bunga ^__^


Wahai Sang Kumbang....
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang untuk memeliharanya dengan kudrat tangan,
kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.

Wahai Sang Kumbang...
Tatkala kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri.
Sebaiknya kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa taqwa kepada ilahi.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali kau menjadi kumbangyang cacat dan menjengkelkan.

 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini  bukanlah untuk santapan nafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini adalah amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.

Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu kau ingat,bukanlah nafsu yang menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu  untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-baja yang diamanahkan.

Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah disitu dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga kau bisa menjadi kumbang yang sentiasa dirahmati.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan